Buletin

JURUTERBANG AUSTRALIA MENGANGGUR, DILATIH GUNA MESIN TUAI GANDUM

Juruterbang penerbangan antarabangsa Australia yang menganggur sepanjang pandemik Covid-19 dilatih untuk menguruskan mesin penuaian gandum bagi membantu golongan petani kekurangan tenaga kerja.

Menurut laporan ABC News, petani gandum di Australia Barat menuai kira-kira 14.5 juta tan gandum pada musim ini.

Namun, mereka berdepan kesukaran untuk mengeluarkan hasil tuaian kerana kekurangan tenaga kerja selepas pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Pelatih pertanian, Ley Webster berkata, Australia Barat berdepan kekurangan kira-kira 1,000 operator mesin penuai.

“Sehubungan itu, kami membuat keputusan untuk melatih juruterbang yang tidak dapat melakukan penerbangan antarabangsa untuk menjadi operator mesin tuai.

“Setakat ini, sudah sembilan juruterbang mengikuti kursus latihan tersebut dan kami berharap lebih ramai akan menyertai program ini,” katanya.

Jelas Webster, mengemudi kapal terbang mungkin ‘lebih mudah’ berbanding menguruskan mesin tuai. – Utusan

Google ads
Back to top button