Motosikal

SUZUKI BANGUNKAN SISTEM VVT UNTUK ENJIN DUA SILINDER

Membangunkan sistem ‘variable valve timing’ bukan benda baru untuk Suzuki. Bagaimanpun, kilang Hamamatsu masih belum memperkenalka sistem itu untuk enjin dua silinder. 

Suzuki GSX-R1000 merupakan model terbaru yang dilengkapi sistem VVT namun menariknya, sistem VVT terbaru dibangunkan ketika ini adalah untuk platform dua silinder. 

Berdasarkan paten terbaru, sistem VVT terbaru itu akan mengguna pakai dua profil cam, dua ‘rocker arm’ berbeza dan dua ‘intake cam’. 

Profil cam pertama (profil high-cam) akan membuka injap dengan lebih besar sementara profil cam kedua (profil low-cam) membuka injap degan lebih lama. Operasi kedua-dua cam ini membolehkan enjin lebih agresif pada kelajuan tinggi dan lebih progresif pada kelajuan rendah. 

Menariknya, sistem VVT ini dibangunkan khas untuk motosikal 250cc antaranya GSX-250R dan V-Strom 250cc. 

Perkembangan lebih terperinci mengenai pembangunan sistem VVT ini akan kami bawakam dari masa ke masa. 

Google ads
Back to top button