Buletin

BENGANG MASALAH GEARBOX JERKING TAK SELESAI, PEMILIK X70 HANTAR SURAT LAWYER KEPADA PROTON?

Bengang dengan masalah sengguk atau jerking pada kotak gear yang tidak pernah selesai, seorang pemilik Proton X70 didakwa akan menghantar surat peguam kepada Proton. 

“Fed up already with the jerking issue. Sending lawyer letter to Proton Cars,” itu status ringkas yang ditulis oleh Summer Yippie Yap di akaun Facebook X70OCM (Proton X70 Owner Club). 

Merujuk kepada status yang ditulis di akaun FB peribadinya sebelum ini, Summer yang juga seorang peguam ada bertanyakan kepada ahli Facebook X70OCM tentang adakah sesiapa yang mempunyai masalah unit X70 CBU yang bergetar dan tersekat-sekat apabila kereta diperlahankan ke gear 4 tanpa menekan brek. Perkara itu dikatakan berlaku sekali sekala, tetapi semakin kerap. 

Berdasarkan kepada foto yang dikongsi, draft surat itu menunjukkan Summer dan beberapa orang rakannya akan menggunakan khidmat firma guaman Tan, Tan & Tan Associates yang beralamat di Taman Desa Kuala lumpur.

Surat bertarikh 22 Disember 2021 itu dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar yang beribu pejabat di Centre of Excellence, Subang Jaya, Selangor. Bagaimanapun, tajuk atau isi surat berkenaan tidak didedahkan. 

Selepas lebih enam jam foto itu dikongsi, ia telah menerima 100 komen dan 854 Likes. Melihat kepada komen yang diberikan ramai sekali berkongsi pendapat masing-masing. 

Jason Chen misalnya meminta Summer supaya mengutarakan jaminan kotak gear selama tiga tahun atau 60,000km untuk model CBU yang disifatkannya sebagai merepek. Manakala Kay Zack bertanya sama ada Summer boleh mengeluarkan surat sama untuk kawan-kawan yang lain. 

“Finally… Maybe you should gather all the x70 owner then highlight the other issues as well,” tulis Timothy Jiang. 

“Ini baru betul. Bukan pung pang dlm fb. Ingat diorg heran ke? Listing beli beratur lagi,” tulis Pahlawan Sunan pula. 

Walaupun hampir semua menyokong tindakan Summer, namun ada seorang yang berpendapat bahawa tindakan menghantar surat pegaum hanya membuang masa. Baik pergi bengkel luar sahaja katanya. sumber: FB X70OCM

Google ads
Back to top button