
BERAPA BANYAK MINYAK PELINCIR YANG TERBAKAR SEWAKTU ENJIN BEROPERASI?
Dalam kompone mekanikal seperti enjin pembakaran dalam, penggunaan minyak pelincir adalah satu kewajipan bagi memastikan enjin beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah.Tapi jika anda perasan, kuantiti minyak pelincir dalam enjin akan berkurang dalam sela masa servis.
Sebagai contoh jika anda menuang 4 liter minyak pelincir semasa servis 40,000km, besar kemungkinan anda tidak akan dapat semula 4 liter minyak pelincir ini semasa minyak ini dikeluarkan untuk servis 50,000km. Adalah normal untuk minyak pelincir berkurang semasa enjin sedang beroperasi
Dalam enjin aspirasi normal, akan minyak enjin yang menyaluti dinding silinder dan piston kemungkinan akan terbakar bersama sama dengan campuran petrol dan udara (atau diesel) ketika lejang kuasa dalam kuantiti yang sedikit disebabkan suhu pembakaran yang terlalu tinggi
Kenderaan baru mungkin akan kurang berlakunya masalah pembakaran minyak pelincir ini disebabkan enjin baru lebih efisyen dan lebih bersih dan menggunakan minyak pelincir yang lebih baik. Secara purata enjin akan membakar minyak pelincir dalam kuantiti kurang dari 1 liter bagi setiap 5000 kilometer perjalanan.
Dalam sesetengah enjin moden yang dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api terus dan turbo, tekanan yang terlalu tinggi dihasilkan semasa lejang kuasa juga akan menyebabkan blowby. Ia adalah fenomena dimana campuran bahan api yang terbakar tidak sempurna atau asap bersama sama dengan minyak pelincir akan menyelinap melalui piston ring terus ke bahagian crankcase
Tekanan dalam crankcase meningkat dan campuran bahan api, asap dan minyak pelincir tadi perlu dilepaskan dan dibakar semula bersama sama campuran udara dan bahan api yuang baru semasa proses lejang kuasa. Keadaan ini menerangkan kenapa enjin turbo moden juga akan kehilangan minyak pelincir
Jadi untuk penjagaan enjin yang bagus, anda boleh memeriksa kuantiti minyak pelincir dengan menggunakan dipstick. Jika minyak pelincir telah berkurang, maka anda boleh tambah dengan sendiri. Kalau anda tak berapa pandai, minta bantuan mekanik untuk melakukannya
Sekiranya 1000ml minyak pelincir berkurang bagi setiap 5000km, maka enjin akan membakar sekitar 0.2ml minyak pelincir bagi setiap 1 kilometer perjalanan. Angka ini mungkin akan berubah mengikut jenis enjin samaada aspirasi normal, turbo ataupun enjin lama.
Tapi jika anda terlalu kerap menambah minyak pelincir atau amaran minyak pelincir berkurang telah naik pada meter kereta anda, ini bermakna kemungkinan besar enjin anda ada masalah kebocoran atau kehausan piston ring terlalu besar