Buletin

MITSUBISHI CATAT JUALAN TERTINGGI DALAM SEJARAH. 1,872 UNIT TERJUAL PADA APRIL 2021, XPANDER PALING LARIS

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dilapor telah mencatat jualan paling tinggi dalam sejarahnya pada April 2021 dengan 1,872 unit kenderaan berjaya dijual. 

Graf jualan MMM dilihat menyaksikan momentum sejak Januari, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga untuk jenama bukan nasional untuk empat bulan berturut-turut. 

Xpander terus mendominasi segmen MPV bukan nasional bermula Januari menerusi angka jualan yang kukuh dengan  lebih 10,000 tempahan diterima sejak dilancarkan pada November 2020. 

MPV tersebut menyumbang jualan sebanyak 982 unit, mewakili 52 peratus daripda jualan keseluruhan pada April. Sehingga kini, MMM sudah menyerahkan 3,800 unit Xpander kepada pelanggan di seluruh negara.  

“Kami gembira dengan jualan Xpander yang terus kukuh dengan permintaan melebihi bekalan. Walapun berdepan cabaran akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan terhadap Xpander dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran. Pada masa sama mengekalkan kualitinya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. 

Trak pikap Triton juga mengekalkan perkongsian pasaran yang mantap iaitu hampir 20 peratus dan terus menjadi pilihan pelanggan. MMM sudah menjual 680 unit Triton sepanjang April dan menyerahkan 142 unit kepada pelanggan. 

“Walupun kebanyakan sektor ekonomi menyaksikan penurunan dan pandemik COVID-19 mula memberi kesan kepada rakyat, kami lega untuk melihat pasukan jualan MMM terus optimis. 

“Kami tahu ramai pelanggan mahu membeli kenderaan sebelum pengecualian cukai SST tamat pada akhir Jun. Biarpun berdepan kekangan, kami akan cuba sehabis baik untuk memenuhi kehendak pelanggan,” katanya lagi. \

Google ads
Back to top button