
BERMAZ AUTO BERHAD DILANTIK SEBAGAI PENGEDAR EV XPENG, SERVIS & ALAT GANTI
Bermaz Auto Berhad melalui satu kenyataan rasmi media telah memaklumkan yang Bermaz Auto telah dianugerahkan kontrak bagi menjual dan mengedar kenderaan elektrik daripada jenama Xpeng. Ini termasuklah jualan alat ganti serta khidmat servis selepas jualan bagi jenama tersebut.
Kontrak ini diberikan oleh Shenzhen Xiaopeng Motors Supply Chain Management Co.,
Ltd., China (“Shenzhen XPeng”) dan Guangzhou Xiaopeng Motors Trading Co., Ltd., China
(“Guangzhou XPeng”).
Shenzhen XPeng and Guangzhou XPeng akan mengawalselia jualan dan pengedaran EV jenama Xpeng, alat ganti, dan khidmat selepas. EV yang dihasilkan oleh jenama Xpeng menampilkan teknologi canggih seperti autonomi aras tinggi, kokpit digital dan juga bateri prestasi tinggi menjadikan ia pilihan rakan teknologi kepada Bermaz.
Langkah yang diambil oleh Xpeng juga seiring dengan visi syarikat EV dari Guangzhou ini bagi mengembangkan lagi perniagaan dan jualan di luar China terutama di pasaran pemanduan sebelah kanan dalam masa 3 tahun akan datang.
Buat masa ini Xpeng menghasilkan kereta elektrik seperti P7i (sedan sport), P5 (sedan keluarga), G9 (SUV) dan X9 (MPV) bagi pasaran China. Jenama Xpeng diasaskan pada tahun 2014 oleh Henry Xia dan He Tao yang merupakan bekas eksekutif kanan dari GAC Group dengan kepakaran dalam R&D automotif
Dalam satu laporan berkaita, firma pelaburan Kenanga Investment Bank Berhad meletakkan analisa yang Bermaz boleh menjual beberapa ratus unit model Xpeng selepas setahun beroperasi. Model pertama yang akan dijual nanti akan bermula pada suku ke 4 tahun 2024
Kenanga juga menjangkakan langkah yang dibuat oleh Xpeng adalah satu langkah proaktif bagi menghadapi persaingan harga, kelembapan jualan dan mencari keuntungan di luar China. Kenanga juga menjangkakan ia merupakan satu langkah positif kepada Bermaz Auto dalam masa panjang



