Buletin

BERMAZ AUTO LANCAR KEMPEN ‘CATCH THE ALLURING PEUGEOT 9X8 AT BAHRAIN’ – TAWAR GANJARAN EKSKLUSIF

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan kempen “Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain” bermula dari 1 Mei hingga 31 Ogos 2023.

Menerusi kempen berkenaan, seorang pemilik PEUGEOT bertuah akan berpeluang menyaksikan 2023 Bahrain World Endurance Championship pada 4 November 2023 dan lebih penting, kos perjalanan ditanggung sepenuhnya.

Peraduan selama empat bulan ini terpakai untuk mana-mana model PEUGEOT yang didaftarkan dalam tempoh kempen ini. Antara model tersedia ialah PEUGEOT 2008, PEUGEOT 3008, PEUGEOT 5008 serta PEUGEOT LANDTREK.

Untuk menyertai kempen ini, peserta mesti mendaftarkan kenderaan baharu mereka di mana-mana pengedar sah PEUGEOT semasa tempoh kempen.

Peserta kemudiannya perlu log masuk ke www.peugeot.com.my untuk melengkapkan borang penyertaan dengan menghantar slogan kreatif.

Suka diingatkan bahawa setiap pembelian hanya layak menerima satu (1) penyerahan sahaja.

Selain itu, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd turut menawarkan pakej ganjaran eksklusif di mana pemilik PEUGEOT boleh menikmati faedah pembiayaan yang menarik atau pilihan pakej subsidi insurans.

Sekiranya berminat, anda boleh merebut peluang ini untuk membeli model PEUGEOT di mana-mana pengedar sah atau singgah di pameran bergerak seperti dipaparkan di bawah:

1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya1st June – 5th June 2023
Queensbay Mall, Penang14th – 18th June 2023
East Coast Mall, Kuantan21st June – 25th June 2023
Mid Valley Southkey, Johor Bahru12th July – 16th July 2023
Queensbay Mall, Penang26th July 30th July 2023
Google ads
Back to top button