" "
Buletin

PEUGEOT 2008 SE 2023. GRAFIK BADAN UNIK, RIM HITAM BERKILAT, PAKEJ AKSESORI RM2.9K SAHAJA

Bermaz Auto Alliance baru-baru ini memperkenalkan varian baharu untuk SUV kompak popularnya, PEUGEOT 2008. Dikenali sebagai PEUGEOT 2008 Special Edition (SE), ia direka untuk memberi inspirasi dan keterujaan kepada peminat Peugeot yang mahukan sebuah crossover kompak yang unik. 

Impresi estetik PEUGEOT 2008 SE diserlahkan menerusi pelekat grafik unik pada bonet hadaoan dan bahagian sisinya. Kemasan pada bampar hadapan dan belakang juga menggunakan warna hitam matte.

Crossover itu juga dipasang dengan  emblem SE dan rim aloi hitam berkilat bersaiz 17 inci yang dibangunkan khas untuk menjadikannya lebih sporty. 

Pakej aksesori PEUGEOT 2008 SE ditawarkan pada harga RM2,900 dan hadir bersama jaminan aksesori tulen PEUGEOT selama setahun bermula dari tarikh pemasangan. Produksi model itu bermula pada Mac dan penghantaran dijangka pada akhir April depan.

PEUGEOT 2008 SE didatangkan secara eksklusif dalam warna oren dan putih sahaja. 

Jentera berkenaan masih menggunakan enjin turbo 1.2 liter tiga silinder yang mampu menjana kuasa mencecah 130hp dan tork 230Nm. Dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan, 2008 menawarkan pemanduan yang cukup mengujakan. 

GALERI

Google ads
Back to top button