Motosikal

YAMAHA LANCAR AEROX 155 CONNECTED 2021 DI INDONESIA. 2 VARIAN, TANGKI 5.5L, BERMULA RM7,230 SEUNIT

Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) baru-baru ini memperkenalkan skuter sporty poupularnya, Aerox 155 Connected (NVX 155) ke pasaran tempatan secara digital. 

Hadir dalam dua varian, Aerox 155 Connected ABS ditawarkan pada harga 29 juta rupiah (RM8,200). Manakala unit tanpa ABS pula berharga 25.5 juta rupiah (RM7,230). 

Ia dikuasakan oleh enjin empat lejang selinder tunggal SOHC bersesaran 155cc baharu. Enjin dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi VVA itu mampu menjana kuasa sekitar 15.1hp dan tork 13.9Nm, sekali gus menawarkan nisbah kuasa/berat yang terbaik dalam kelasnya. 

Bagi menjimatkan lagi penggunaan bahan api, jentera tersebut dipasang dengan teknologi penghidup pintar Smart Motor Generator (SMG) untuk kedua-dua varan dan sistem start/stop bagi varian ABS. Tangki bahan api juga lebih besar dengan kapasiti 5.5 liter. 

Aerox 155 Connected dibezakan dengan model terdahulu menerusi speedometer digital baharu. Ciri Y-Connect pula membolehkan penunggang menyambungkan motosikal dengan peranti pintar menggunakan Bluetooth.

Dengan Y-Connect, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat seperti tahap penggunaan bahan api, baki petrol, lokasi terakhir parkir dan notifikasi penyelenggaraan di telefon pintar. 

Paparan informasi dan tetapan speedometer boleh dibuat menerusi butang pada hendal kiri. Turut tersedia di sana ialah lampu kecemasan yang boleh diaktifkan jika perlu.   

Dari segi penampilan, Aerox 155 Connected menerima fairing aerodinamik dengan DNA Super Sport. Lampu hadapan dan belakang kini menggunakan teknologi LED. Rekaan lampu utama yang nipis itu juga disepadukan dengan lampu nyalaan siang (DRL). 

Tahap keselesaan penunggang dan pembonceng dipertingkatkan. Aspek pengendalian diserahkan kepada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang, lengkap dengan sub tabung untuk varian ABS.

Skuter itu menggunakan tayar tanpa tiub bersaiz 110/80 R14 (depan) dan 140/70 R14 (belakang).

Tugas membrek dipertanggungjawabkan ke atas brek cakera di depan dan jenis gelendong pada roda belakang.   Penunggang boleh mengecas peranti pintar menggunakan soket di ruang penyimpanan hadapan. 

Pelanggan boleh memilih antara dua warna iaitu perak dan hitam. 

GALERI

Google ads
Back to top button