Buletin

TOTALENERGIES DAN LI-NING LANCAR KEJOHANAN 3V3 TOTALENERGIES X LI-NING CUP 2023

TotalEnergies Malaysia dan Li-Ning Malaysia hari ini melancarkan kejohanan rasmi 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023 untuk pemain bukan profesional di Malaysia.

Untuk rekod, ini adalah kejohanan badminton 3V3 (tiga lawan tiga) pertama yang dianjurkan secara bersama kedua-dua syarikat itu di Asia Tenggara.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah dari Sunlight Sports Sdn Bhd, Dato Sri Sam Soh, bersama Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia, Jennifer Li, Ketua Pembangunan Perniagaan Li-Ning Malaysia, Simon Soh  dan Penolong Pengurus Besar IOI City Mall, Wilfred Wong.

Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas lagenda badminton Tan Boon Heong. Goh Liu Ying dan Janice Woon.

3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup akan memulakan perlawanan pertama di Kuala Lumpur pada 15 September 2023, diikuti Johor, Pulau Pinang serta Kuching, Sarawak.

Pemenang-pemenang dari setiap negeri kemudiannya bakal bertanding di grand finale pada 18-19 November 2023 di Kuala Lumpur.

Kejohanan badminton 3v3 ini mempunyai empat kategori:

  • Pasukan Lelaki dengan dua kumpulan umur – bawah 30 dan ke atas 30 tahun
  • Pasukan Terbuka Campuran (Mixed Open Team) dengan sekurang-kurangnya seorang pemain wanita
  • Pasukan Keseronokan Campuran (Mixed Fun Team) dengan sekurang-kurangnya seorang pemain di bawah umur 15 tahun

Yuran pendaftaran adalah RM300 bagi setiap pasukan dengan cenderahati bernilai RM900 dihadiahkan kepada setiap pasukan.

Selain itu, terdapat ganjaran sejumlah RM338,800 untuk dimenangi oleh pemenang kejohanan badminton 3V3.

Untuk makluman, hanya warganegara Malaysia sahaja layak menyertai kejohanan ini selain pemain kebangsaan atau profesional yang telah menyertai kejohanan antarabangsa di bawah Badminton Asia dan BWF dalam tempoh 5 tahun lalu (2018-2023) juga tidak layak menyertai kejohanan tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023, sila lawati https://www.lining.my/SalePage/Index/284192?garefersrc=HotsaleInCategory

Google ads
Back to top button