Buletin

BFGOODRICH TRAIL-TERRAIN T/A KINI DI MALAYSIA. 41 SAIZ, LEBIH SENYAP DAN TAHAN LAMA 

Bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran rekreasi, BFGoodrich baru-baru ini melancarkan  tayar premium “on-road plus” BFGoodrich Trail-Terrain T/A. 

Mencerminkan slogannya “Lives on the road, loves to get away”, BFGoodrich Trail- Terrain T/A dirumus dengan ciri ketahanan yang tinggi, sesuai dalam semua musim serta direka untuk mengharungi pelbagai jenis cuaca dan kondisi jalan.

“BFGoodrich Trail-Terrain T/A mengetengahkan aspek kebebasan dan versatiliti jentera CUV, SUV, dan trak ringan pacuan semua roda (AWD). Ini sememangnya tayar yang sempurna dan tiba tepat pada waktunya,” kata Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Oliver Biggart.

BFGoodrich Trail-Terrain T/A menawarkan tiga kelebihan utama:

  • Berketahanan tinggi (Built to Last) agar anda boleh merentas lebih jauh. Ia disumbang oleh reka bentuk permukaan tayar yang dioptimumkan di mana Alur Mengunci 3D tayar membekalkan kestabilan blok bunga tayar lebih baik untuk menjamin kehausan yang sekata. Jadi, hayat bunga tayar tahan lebih lama dan pemanduan senyap. Hadir dengan waranti pengeluar selama enam tahun.
  • Sesuai untuk semua keadaan kerana ia mampu mengharung cuaca salji yang ekstrem. Dilengkapi penarafan ‘three-peak mountain snowflake’ (3PMSF) yang masih dapat memberikan cengkaman, walaupun paras merkurinya telah lama menyusut. Ini hasil daripada Alur Mengunci 3D yang direka untuk membekalkan kuasa dan cengkaman luar biasa sepanjang hayat tayar ini. 
  • Direka untuk meneroka kerana tayar ini berciri tahan serpihan dan kesan koyak yang mungkin berlaku apabila dipandu di laluan berbatu. Reka bentuk Bahu Bergerigi dioptimumkan untuk cengkaman di atas tanah lembut di laluan off-road dan tidak bising apabila dipandu di atas jalan biasa. 

Sudah boleh didapati di pusat pengedar sah MICHELIN terpilih di seluruh negara, BFGoodrich Trail-Terrain T/A baharu didatangkan dalam 41 saiz (23 bertaraf-T dan 18 bertaraf-H). Ia merangkumi semua pemasangan peralatan original (OE) bagi CUV, SUV serta trak ringan. 

Maklumat lanjut, sila layari https://www.bfgoodrich.com.my/ 

Google ads
Back to top button