
BFGOODRICH LANCAR TAYAR PRESTASI TINGGI ‘BFGOODRICH G-FORCE PHENOM T/A’ – TERSEDIA 25 SAIZ BERBEZA, HARGA BERMULA RM500
BFGoodrich baru-baru ini melancarkan ‘BFGoodrich g-Force PHENOM T/A’ iaitu tayar berprestasi tinggi dan didatangkan dalam 25 saiz berbeza bagi pasaran Malaysia.
Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana berkata, “BFGoodrich g-Force PHENOM T/A dirumus untuk memaksimumkan potensi kenderaan anda dengan membekalkan keyakinan serta keselesaan.
“Dengan harga berpatutan, ia menjamin prestasi luar biasa dan mampu menarik perhatian para pengguna baharu jenama ini.”

Antara kelebihan utama BFGoodrich g-Force PHENOM T/A termasuklah kawalan maksimum, prestasi basah yang cemerlang, membelok lebih yakin dengan “Solid Shoulder Blocks” di mana ia mempunyai saiz lebih besar, selain memberi keselesaan di ruang kokpit.
Selain itu, sudah tentu ia hadir dengan waranti tayar selama enam tahun untuk Tayar Kereta Penumpang dan Lori Ringan.
Secara keseluruhannya, BFGoodrich g-Force PHENOM T/A menawarkan nilai dan manfaat yang sempurna untuk pemanduan harian.
BFGoodrich g-Force PHENOM T/A kini boleh didapatkan dengan pilihan 25 saiz tayar dalam lingkungan 16 hingga 20 inci pada tanda harga jualan bermula dari RM 500 ke RM1,300.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bfgoodrich.com.my/auto/tyres/g-force-phenom-t-a
- BACA: KENAPA BMW MENGGUNAKAN SAIZ TAYAR YANG BERBEZA ANTARA DEPAN & BELAKANG?
- BACA: GOODYEAR MALAYSIA TAWAR PROMOSI TAYAR 4X4 COOPER TYRE. KAD PETRONAS RM40, JAMINAN 5 TAHUN, SAH SEHINGGA 31 MEI 2023
- BACA: INI PERBEZAAN TAYAR MURAH DAN TAYAR PREMIUM KETIKA BREK KECEMASAN
- BACA: SUDAH DIUJI: TAYAR GOODYEAR ASSURANCE COMFORTTRED. SENYAP BETUL DENGAN TEKNOLOGI ANX, SAIZ 16-19 INCI, SESUAI UNTUK SEDAN PREMIUM!





