Buletin

BINTANG TIKTOK MAUT, NISSAN ROGUE DIHEMPAP DAHAN POKOK PINE

Bintang TikTok, Rochelle Hager maut pada usia 31 tahun, akibat kemalangan jalan raya selepas sebatang pokok menghempap kereta dipandunya di Knowlton Corner Road, Farmington, Maine, Amerika Syarikat.

Rochelle, yang dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan nama pengguna @roeurboat3 mempunyai 123,000 pengikut di TikTok dan meraih lebih 1.2 juta tanda suka menerusi kandungan yang dimuat naiknya.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 10 pagi itu, mangsa dikatakan sedang memandu sebelum dahan pokok pine menghempap bahagian hadapan pemandu kenderaan dipandunya.

Menerusi satu kenyataan media yang diperoleh E! News, Ketua Polis Farmington, Kenneth Charles berkata angin kencang menyebabkan dahan pokok tersebut tumbang sebelum menghempap kereta Nissan Rogue 2015 yang sedang dipandu Rochelle.

“Mangsa tidak dapat mengelak daripada kejadian itu.”

Pihak berkuasa menyifatkan insiden tersebut sebagai tragik, mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. – agensi

Google ads
Back to top button