INI BARU SKILL, UNDUR VAN ATAS TITI BATANG POKOK
Seorang pemandu van menunjukkan kemahiran mengundur kenderaan di atas titi yang menggunakan batang pokok sehingga menjadi viral di media sosial.
Dalam rakaman berdurasi selama dua minit itu, dengan berbekalkan keberanian dan kemahiran, lelaki tersebut berjaya melintas sebatang parit melalui titi diperbuat batang pokok secara mengundur di Kunming, wilayah Yunnan Selatan, China.
Menurut Daily Mail, ia dimuat naik peminat automotif, Lao Kun yang menyaksikan sendiri kejadian itu di platform perkongsian video China, Kuaishou.
Melalui rakaman, kelihatan batang pokok yang digunakan untuk menyeberang agak mustahil dilakukan apatah menampung sebuah van.
Begitupun, kemahiran pemandu van tersebut dikenali sebagai Zhang dengan bersahaja mengundur van terbabit secara perlahan-lahan menyeberang jambatan batang pokok itu.
Kemahiran pemanduan Zhang mendapat perhatian warganet teruja malah ada yang ketakutan melihat kepakaran pemandu van tersebut mengendali kenderaan secara mengundur.
Salah seorang warganet mengatakan dia sangat takut melihat aksi yang dilakukan pemandu van itu. – daily mail
- BACA: NISSAN NV300 COMBI. LUAS, BERGAYA DAN LEBIH BERKUASA. BUAT CAMPERVAN PUN LAWA
- BACA: KISAH VAN TOYOTA CECAH PERBATUAN 1 JUTA KM. POWER KE TAK POWER?
- BACA: NISSAN NV350 CARAVAN CONCEPT. KEBEBASAN BEKERJA DI MANA-MANA SAHAJA
- BACA: WULING CONFERO S – BOLEH BERSAINGKAH DENGAN TOYOTA AVANZA DI INDONESIA?