Buletin

HALANG LALUAN LADANG, BMW KENA ‘KURUNG’

Seorang peladang yang angin dengan tindakan pemilik BMW menghalang laluan masuk ke ladangnya memasang ‘pagar besi’ di kenderaan itu.

Pemilik ladang berkenaan yang terletak di kawasan luar bandar, Wales, melakukan tindakan drastik tersebut dalam menyampaikan mesej kepada pengunjung agar tidak sewenang-wenangnya menghalang laluan masuk.

 Dia menyampaikan mesej kepada para pengunjung bahawa kenderaan yang menghalang masuk akan dipagar.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Parti Hijau, Emily Durrant yang mewakili Llangors, Mid Wales berkata, pengunjung seharusnya menghormati ladang untuk kegiatan ekonomi.

 “Sangat dialu-alukan kepada pengunjung yang datang ke kawasan ini. Bagaimapun, jangan meletakkan kenderaan di hadapan laluan masuk ladang.

“Ia berikutan, ladang merupkan sumber pendapatan para peladang. Apabila mereka tidak dapat memasuki kawasan yang memberi sumber rezeki sekali gus membuatkan para peladang kecewa,” katanya. – agensi

Google ads
Back to top button