Buletin

LELAKI PANDU VOLVO 740 GLE SEJAUH 1.6 JUTA KM. DAPAT VOLVO SEDAN PERCUMA SELAMA DUA TAHUN

Pada tahun 1991, Jim O’Shea telah membeli sebuah Volvo 740 GLE di Volvo West County, Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, pembelian tersebut mengundang kemarahan bapanya berikutan abangnya merupakan pengedar Ford.

Dia telah memberi jaminan kepada bapanya akan memandu sejauh 1.6 juta km dengan menggunakan kenderaan baharu tersebut.

Menariknya, dia dapat menunaikan janji terbabit dalam tempoh 30 tahun tetapi bapanya tidak dapat menyaksikan pencapaian berkenaan kerana telah meninggal dunia.

Dengan pencapaian tersebut, pengedar Volvo yang menjual kenderaan 740 GLE kepada Jim telah menawarkan Volvo S60 sedan untuk digunakan selama dua tahun.

Bahkan, penjual kereta, Stephen Lynch yang menjual Volvo pada 1991 kepada Jim telah menyerahkan kunci kereta baharu terbabit apabila kini bergelar Pengurus West County Volvo.

Kenderaan itu ditawarkan melalui program langganan kenderaan syarikat terbabit dikenali sebagai Care by Volvo.

Sebelum ini, seorang lelaki, Irv Gordon  pernah memandu Volvo P1800 1966 mencecah 5.1 km pada usia 77 tahun.

Dia telah menerima sebuah Volvo 780 Coupe secara percuma oleh pengeluar Sweden berkenaan malah rekod tersebut masih dipegang warga emas itu. –autoevolution

Google ads
Back to top button