Artikel Pilihan

BMW FAILKAN PATEN SISTEM SUSPENSI YANG BERUPAYA MENJANA TENAGA ELEKTRIK SEWAKTU DIPANDU

BMW dilaporkan telah berjaya mengfailkan satu paten yang unik untk menjana tenaga elektrik sewaktu kenderaan mereka dipandu, dengan menggunakan pergerakan mekanikal sistem suspensi kenderaan sewaktu bergerak melintasi permukaan jalan. Walaupun idea ini kedengaran agak luar biasa, jurutera BMW berusaha mengkaji semua faktor yang terlibat dengan teliti

Dalam fail yang ditemui oleh web Carbuzz, sistem ini akan memaksimakan penggunaan satu generator kompak yang akan disambung terus kepada aktuator bagi menggantikan bar penstabil yang bersambung kepada suspension arm.

Sistem ini juga dilengkapi dengan klac satu hala, yang membenarkan sistem untuk mendapatkan tenaga ketika rebond stroke sahaja disebabkan bump stroke boleh merosakkan komponen sistem. Malah sistem ini juga dilengkapi dengan mekanisme gear yang menggandakan pergerakan komponen sistem suspensi bagi memaksimakan penghasilan tenaga dalam generator.

Tenaga elektrik yang terhasil akan disimpan dalam bateri 12 volt atau disimpan dalam bateri sistem kereta elektrik yang boleh digunakan untuk menggerakkan kereta. Besar kemungkinan sistem ini juga boleh digunakan untuk mengawal dinamik pergerakan kenderaan di selekoh bagi menghalang body roll daripada berlaku

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada BMW berkenaan dengan sistem ini samaada ia akan diintegrasikan pada model kereta elektrik mereka. Mungkin juga ia akan dikhaskan pada model flagship seperti BMW i7 ataupun langsung tidak akan digunakan kerana kita masih tidak mengetahui berapa banyak tenaga elektrik yang boleh dijana daripada sistem ini.

Google ads
Back to top button