Artikel Pilihan

BUGATTI CHIRON PUR SPORT AWD, SELAMBA BUAT DRIFT DENGAN 1479 KUASA KUDA

Buggati Chiron Pur Sport merupakan hypercar dengan pacuan semua roda yang dihasilkan khas oleh Buggati dan ada rasa adalah agak mustahil untuk membuat aksi drift dengan menggunakan hypercar ini. Tapi bagi membuktikan dakwaan tersebut salah, Bugatti menghantar sebuah hypercar ini dan pemandu ujian mereka ke tapak ujian pemanduan

Bugatti Chiron Pur Sport dirancang untuk dihasilkan sebanyak 60 unit dan setakat ini 30 unit telah dihasilkan dan dihantar kepada pemilik. Bagi meraikan kejayaan tersebut, Bugatti berbesar hati untuk menjahanamkan satu set tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R yang sememangnya mahal dan meninggalkan huruf “C” yang besar di atas tapak ujian.

Huruf C dipilih untuk diukir di atas permukaan jalan ketika drift dilakukan kerana huruf “C” merupakan simbol rekaan Bugatti semenjak tahun 1920an. Bugatti C Line telah dihasilkan oleh Jean Bugatti bagi menghasilkan bayang-bayang rekaan dan pergerakan kereta. Rekaan ini dimodenkan dari masa ke semasa dari 1920an sehingga pada hari ini.

Varian Pur Sport merupakan varian khas Chiron yang paling tangkas pernah dihasilkan oleh Bugatti dengan memberi perhatian khusus kepada pengendalian yang tepat. Maka tidak hairanlah hypercar ini boleh melakukan drift dengan baik walaupun dilengkapkan sistem pacuan semua roda.

Dengan 1479 kuasa kuda yang dihasilkan daripada enjin 16 silinder dalam susunan W16, melakukan aksi drift dengan hypercar ini adaah agak sukar bagi kebanyakan pemandu amatur. Trik di sini ialah pastikan semua tayar mencengkam dengan minima atas permukaan tar ketika melakukan drift dengan unit produksi bernombor 30 ini

Google ads
Back to top button