Buletin

BMW MAHU HAPUSKAN TERUS KUNCI KERETA TRADISIONAL

Biar betul BMW ni, habis tu nak biar kereta tak berkunci macam tu je? Dah la beli mahal, pinjaman pun baru sebulan bayar. Jangan salah faham, kereta anda masih boleh dikunci tetapi tidaklagi memerlukan anak kunci biasa ataupun alat kawalan jauh. Demikian menurut kata Ian Robertson, ahli lembaga pengarah yang bertanggungjawab bagi bahagian jualan.

Menurut beliau rata-rata pemilik kereta kini semuanya mempunyai telefon pintar dan mereka boleh memuat turun aplikasi BMW yang membolehkan mereka mengunci kereta mereka tanpa sistem kuncian biasa. Kunci tradisional boleh dikatakan sudah tidak relevan sama sekali.

Robertson malah menyambung, “Secara jujur, berapa ramai yang benar-benar mahukan kunci tradisional ini?”. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Frankfurt Motor Show 2017 sambil menyatakan yang pemilik BMW kini tidak lagi perlu memasukan kunci ke dalam slot sebelum menghidupkan kereta.

Malah pemilik kereta moden rata-ratanya tidak perlu mengeluarkan kunci sama sekali dari poket mereka. Jadi apa perlunya membawa kunci kereta ke sana ke mari? Tambah beliau sambil menyatakan yang BMW kini dalam proses menghapuskan terus kunci tradisional bagi model-model mereka.

Bukan hanya BMW, Tesla juga bersetuju dengan idea ini dan meyatakan tindakan menghapuskan kunci tradisional adalah langkah yang wajar dalam industri. Mereka kini sedang melihat kesesuaian pelaksanaannya sama ada dalam masa terdekat ataupun pada masa akan datang.

BACA: BMW M5 PALING BERKUASA DILANCARKAN, 600HP DAN LEBIH PANTAS DARI MURCIELAGO!

Sebenarnya kami rasa idea ini agak menarik kerana dengan teknologi sekarang kita masih perlu membawa kunci kereta di dalam poket ataupun beg walaupun tidak perlu mengeluarkannya untuk menghidupkan kereta. Setengahnya pula mempunyai saiz yang sama dengan kunci tradisional dan memang memenuhkan poket seluar. Itu belum campur kunci-kunci tambahan lain yang diletakkan sekali.

Bukankah elok kalau boleh disatukan dengan telefon pintar? Cuma jangan lupa cas bateri telefon tu, nanti tak boleh buka pintu kereta pulak. Satu lagi yang jenis suka korek telinga dengan kunci kereta. Elok sangat la kalau kunci jenis tradisional ni dihapuskan. Sama jugak la dengan jenis suka tayang kunci kereta kat atas meja makan, padahal keychain je mahal.

Google ads
Back to top button