Modifikasi

KEMBAR PERODUA KANCIL PASANG ENJIN JET, 2600 KUASA KUDA

Bila anda dewasa anda nak buat apa? Kahwin dengan artis? Maaf ini bukan cita-cita seorang pemilik Daihatsu Mira David Nicotra yang berasal dari Australia kerana dia memiliki sebuah Daihatsu Mira ataupun lebih dikenali dengan nama Perodua Kancil jika di pasaran Malaysia. Kecuali Daihatsu Mira milik David hanya datang dengan 3 pintu sahaja

Enjin asal Daihatsu Mira ini masih lagi dipasang di ruangan enjin dan menghasilkan sekitar 35 kuasa kuda. Berdasarkan speseifikasi kuasa, kami percaya Mira ini dipasang dengan enjin 3 silinder 850cc karburetor dan semua kuasa dihantar kepada tayar depan. Namun rahsia sebenar kereta ini ialah terletak pada enjin jet yang dipasang di bahagian belakang

Kami tak pasti bagaimana David memperolehi enjin jet ini, berapa harganya dan begaimana enjin ini boleh dipasang di bahagian belakang kereta Mira. Apa yang kami tahu projek ini memakan masa selama 2 tahun untuk disiapkan. David juga mendedahkan enjin jet ini menjana sekitar 2600 kuasa kuda dengan menggunakan kerosin Jet A1 iaitu bahan api khas yang biasa digunakan untuk pesawat penerbangan.

Antara keistimewaan bahan api Jet A1 ialah ia tidak akan membeku bila pesawat terbang tinggi dan suhu persekitaran menjadi sangat sejuk. Apabila diaktifkan dengan alat kawalan tambahan untuk enjin jet, Daihatsu Mira ini boleh pergi selaju 320km/jam. David juga menegaskan Mira ini masih lagi sah untuk dipandu di atas jalan raya dan memiliki nombor pendaftaran “JETCAR”

Namun pada kebanyakan masa Daihatsu Mira berenjin jet ini menghabiskan masa di litar tertutup untuk menghiburkan penonton dan juga digunakan pada acara permotoran sahaja. Selain Daihatsu Mira, David juga ada sebuah lagi monster truck yang juga dipasang dengan enjin jet dan juga enjin pembakaran dalam lengkap dengan piston.

Untuk pengetahuan pembaca, enjin jet merupakan enjin pembakaran luar memerolehi tenaga dengan memampatkan campuran bahan api (kerosin Jet A1) dengan udara melalui turbin sebelum dibakar. Gas pembakaran akan keluar dengan halaju yang tinggi ke arah belakang akan menghasilkan tenaga yang tinggi dan biasa digunakan untuk aplikasi pesawat penerbangan.

Google ads
Back to top button