Buletin

HONDA E LIMITED EDITION, 50 BUAH SAHAJA HARGA MULA RM204K!

Di dalam penawaran kereta elektrik yang begitu rancak sekarang ini Honda turut mempunyai wakil iaitu Honda e. Model ini tidak dibawa masuk secara rasmi ke pasaran tempatan kecuali oleh pengimport bebas.

Selain digerakkan motor elektrik, Honda e juga membawa elemen nostalgik apabila reka bentuknya mengimbau kembali N360 dan Civic generasi pertama.

Sejak dilancarkan di Eropah dan Jepun pada tahun 2020 Honda e telah menerima pelbagai pengiktirafan seperti World Urban Car of The Year dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

Menghangatkan lagi tawaran ialah Honda e Limited Edition dengan jumlah terhad sebanyak 60 buah sahaja untuk pasaran Eropah.

Apa yang berbeza? Model ini diasaskan dari Honda e Advance dan buat kali pertama ditawarkan dalam warna Premium Crystal Red dengan logo dan roda 17 inci warna hitam.

Dari segi spesifikasi, Honda e Advance lebih lengkap berbanding e standard seperti outlet 230 volt, Centre Camera Mirror System, stereng dan kerusi dengan fungsi pemanas dan Honda Parking Pilot.

Untuk rangkaian kuasa, kedua-dua varian dibekalkan motor elektrik berkuasa 136 ps dan tork 315 Nm.

Daya pecutan dari 0-100 km/j memerlukan sembilan saat manakala kelajuan maksimum 145 km/j.

Kapasiti bateri ialah 35.5 kWj dan kereta ini boleh dipandu sejauh 220 km (WLTP gabungan) dan sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan harian.

Dari segi dimensi, Honda e mempunyai ukuran kompak dengan panjang 3894 mm, lebar 1752 mm dan tinggi 1512 mm.

Pakej keselamatan pula seperti biasa, mestilah ada Honda Sensing yang merangkumi Amaran Pelanggaran Berdepan, Amaran Penukaran Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif dan sebagainya.

Berkenaan harga, Honda e Limited Edition ditawarkan dari £38,120.00 (RM204,375).

BACA: HONDA CITY HATCHBACK V-SENSING SERBA LENGKAP

BACA: ENJIN HONDA K20C, APA YANG MEMBUATKANNYA TAHAN LASAK & BERKUASA?

BACA: HONDA ODYSSEY SPORT 3.5L V6, UNTUK PENGGUNA AMERIKA SYARIKAT!

Google ads
"
"
Back to top button