
BOON SIEW HONDA JALIN KERJASAMA DENGAN MARA, METERAI MOU
Boon Siew Honda (BSH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Raya (MARA) ketika di Ekspo Institusi Pendidikan TVET @ KKDW 2024 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), baru-baru ini
Pemeteraian MoU itu menyaksikan BSH dan MARA akan berkolaborasi bagi memperkuat pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terutamanya bagi sektor automotif dan permotoran.

Kerjasama ini juga bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi sekaligus bakal memberi manfaat kepada komuniti dan pelanggan Honda.
BSH dalam kenyataan memaklumkan bahawa mereka akan menjalinkan program tiga tahun bersama Kolej Kemahrian Tinggi MARA Masjid Tanah, Melaka.
Antara intpati kerjasama BSH dan MARA termasuk:
- pembangunan holistik bagi graduan
- penyediaan pelatih berpengelaman
- persekitaran pembelajaran yang sebenar
- latihan industri 6-bulan bersama Boon Siew Honda
- program latihan komprehensif