Buletin

BOS TESLA DINOBAT PERSON OF THE YEAR MAJALAH TIME

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc yang juga individu paling kaya di dunia, Elon Musk dinobat sebagai Person Of The Year 2021 oleh majalah TIME.

Selain Tesla, Musk mengetuai syarikat roket SpaceX dan Neuralink, yang membangunkan antaramuka jentera otak jalur lebar ultra tinggi untuk menghubungkan manusia dengan komputer.

Kejayaannya dalam beberapa siri misi angkasa meletakkan Musk sebagai individu berpengaruh dunia, sekali gus menempatkan dirinya dalam senarai penting dalam majalah terkemuka yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat itu.

Nilai bersih bagi kekayaan Musk pula dicatatkan pada AS$297 bilion, menempatkannya di tangga pertama individu paling kaya didunia, disusuli pengasas Amazon, Jeff Bezos (AS$201.7 bilion) dan pemilik rangkaian jenama mewah LVMH, Bernard Arnault (AS$189.1 bilion). –AWANI

Google ads
Back to top button