
SELALU KACAU PASARAN MATAWANG KRIPTO, ELON MUSK TERIMA UGUTAN ANONYMOUS
Elon Musk menjadi sasaran terbaharu kumpulan penggodam Anonymous. Dalam satu video yang menjelaskan salah laku Musk, Anonymous memberi amaran kepada Ketua Pegawai Ekskutif Tesla itu kerana telah memusnahkan kehidupan pelabur matawang kripto dengan hantara tweet nya.Â
Anonymous menyatakan tweet Musk jelas menganiaya pelabur kecil dan sikap tidak bertanggungjawab itu memberi kesan kepada mereka.Â
“Selepas membaca komen pada hantaran di Twitter, jelas sekali apa yang anda lakukan ke atas pasaran kripto telah menjejaskan kehidupan orang lain. Berjuta-juta pelabur benar-benar bergantung hidup ke atas pelaburan kripto untuk menambah baik kualiti kehidupan mereka,” kata Anonymous.
Kumpulan penggodam itu menuduh tweet Musk hanya untuk menguntungkan syarikatnya dan tidak mempedulikan masa depan matawang kripto. Malah, sudah beberapa kali tweet menyebabkan pasaran kripto mengalami kerugian berbilion dolar.Â
Sebagai contoh, tindakan Tesla untuk tidak lagi menerima Bitcoin sebagai bayaran membeli kereta elektrik keluarannya.
Anonymous percaya Tesla sengaja membuat keputusan tersebut. Ini kerana Tesla menjana kebanyakan pendapatannya daripada kredit cukai karbon hijau daripada kerajaan di mana ia beroperasi. Jadi, sebab utama kenapa penggunaan Bitcoin dihentikan adalah supaya ia boleh terus menerima kredit berkenaan.
Memakai topeng Guy Fawkes yang menjadi identitinya, Anonymous menyifatkan Musk sebagai penjahat dalam filem James Bond. Seseorang yang membentuk imej sebagai individu berwawasan sedangkan sebenarnya dia ialah seorang narsistik kaya yang dahagakan perhatian.
Video yang ditonton lebih 2 juta kali di Youtube itu diakhiri dengan kata-kata, “Anda mungkin fikir anda ialah orang paling pandai, tetapi anda sekarang sudah bertemu buku dengan ruas. Kami ialah Anonymous! Kami ialah Legion! Nantikan tindakan kami.”
Walaupun ramai yang berkongsi video berkenaan di Twitter, Musk nampaknya masih belum membalasnya secara langsung. Sebaliknya, dia hanya berkata, “Jangan bunuh apa yang kamu benci. Tetapi selamatkan apa yang kamu sayang.”Â
Takutlah tu…
- BACA: REVIEW MODEL TESLA INI BUAT JEREMY CLARKSON DAN ELON MUSK BERGADUH BESAR
- BACA: TWEET ELON MUSK MAMPU GERAKKAN PASARAN. ADA PELABUR MULA BIMBANG
- BACA: ELON MUSK PERNAH OFFER APPLE UNTUK BELI TESLA. TAPI TIM COOK TAK LAYAN. SEKARANG MUNGKIN MENYESAL
- BACA: PASANGAN BAYAR USD100 UNTUK LOTUS ESPRIT JAMES BOND SEBELUM DIJUAL KEPADA ELON MUSK DENGAN HARGA USD997,000