Buletin

PRESIDEN TOYOTA TUNJUK SKIL. LAYAN GR YARIS BIKIN DRIFT DAN ‘DONUT’

Presiden Toyota, Akio Toyoda mungkin terpalit beberapa kontroversi berhubung kenderaan elektrik (EV).

Bagaimanapun, ia tidak dapat mempertikaikan minat mendalam Akio Toyoda terhadap dunia permotoran apabila memperlihatkan skil tersendiri mengendali GR Yaris.

Pada awal bulan, Toyoda terlibat dalam promosi acara di Tokyo, Jepun yang mendedahkan jentera terbaharu WRC dan pengumuman perancangan penuh sukan pemotoran bagi tahun 2022.

Jari-Matti Latvala yang bertindak sebagai prinsipal pasukan Toyota WRC telah menguji jentera terbaharu GR Yaris Rally1 WRC dengan melakukan aksi ‘donut’.

Tidak lama kemudian, Toyoda yang memiliki skil tersendiri turut serta dalam aksi berkenaan dengan  melakukan drift.

Selain itu, beliau turut melambai-lambai tangan sambil melakukan aksi ‘donut’ sekali gus menunjukkan pengendalian jitu daripada bos Toyota tersebut.

Akio Toyoda memegang jawatan sebagai Presiden Toyota sejak pertengahan tahun 2009 dengan baik.

Begitupun, sejak beberapa bulan lalu, beliau terpalit dengan kontroversi apabila melobi agar peralihan pasaran automotif kepada elektrik ditangguhkan.

Ia berikutan kepercayaannya bahawa kenderaan dijana hidrogen perlu menjadi kenderaan masa hadapan. –carscoops

Google ads
Back to top button