Artikel PilihanMotosikal

BRAD BINDER AKAN GANTIKAN HAFIZH SYAHRIN?

Umum mengetahui hanya Hafizh sahaja yang belum lagi menandatangani kontrak perlumbaan MotoGP untuk tahun hadapan bagi kalangan pelumba kem KTM. Pol Espargaro, Zarco dan yang terbaru Oliveira sudah pun mengesahkan penglibatan mereka bersama pasukan tersebut untuk setahun lagi pada 2020.

Media Barat mula membuat spekulasi bahawa Brad Binder akan menggantikan tempat Hafizh Syahrin. Namun ia masih tidak jelas tentang masa depan Hafizh bersama pasukan Tech 3 untuk musim hadapan.

Teka teki kedudukan Hafizh nampaknya masih samar, namun Pengurus pasukan KTM Tech 3 itu memberitahu laman web GPone di sini bahawa ia tidak mungkin berlaku kerana perlumbaan masih di awal musim.

“Sepertimana sebelum ini, saya telah berjanji, saya tak akan tukar fikiran saya. Memang benar, keputusan perlumbaan Hafizh Syahrin setakat ini memang mengecewakan, namun Hafizh juga berada dalam situasi yang sama, beliau juga kecewa.

“Pertukaran itu ((kemasukan Brad Binder) tak masuk akal, kita baru sahaja habis beberapa perlumbaan.”

“Kami dalam arah yang betul, saya telah bercakap dengan Binder dan fokus beliau buat masa ini ialah memenangi kejuaraan Moto2, selepas itu barulah dia akan naik ke kelas premier MotoGP.” ujar Poncharal.

Selepas Binder mendapat tempat keempat di Grand Prix Perancis dua minggu lepas, pelumba dari Afrika Selatan itu kini menduduki tempat kelapan dalam carta Moto2 dengan 38 mata. Ia prestasi yang cukup mengagumkan dalam hanya tiga musim pertama 2019 baru bermula.

Google ads
Back to top button