Buletin

BUDAK 3 TAHUN DITERBANGKAN LAYANG-LAYANG SETINGGI 10 METER DI TAIWAN

Festival layang-layang yang berlangsung di bandar Hsinchu, Taiwan bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun diterbangkan layang-layang.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak itu diterbangkan setinggi 10 meter sebelum jatuh.

Kanak-kanak itu bagaimanapun terselamat selepas berjaya dibantu orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Menurut ibu bapanya, dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun sedikit trauma.

Berikutan insiden berkenaan, pihak berkuasa di Hsinchu menghentikan festival layang-layang itu secara serta-merta, – Astro Awani

Google ads
Back to top button