Buletin

BUDAK PALING KAYA DI NIGERIA DAPAT HADIAH HARI JADI LAMBO AVENTADOR

Jentera mewah Lamborghini Aventador menjadi hadiah ulangtahun kelahiran ke-10 kanak-kanak terkaya di Nigeria, Muhammad Awal Mustapha.

Daily Star melaporkan Muhammad Awal yang lebih dikenali sebagai Mompha Junior pada akaun Instagram miliknya menyambut ulang tahun kelahirannya pada bulan lalu.

Budak lelaki itu bagaimanapun baru memuat naik gambar hadiah kereta Lamborghini yang diberikan oleh bapanya.

Bapanya, Ismailia Mustapha atau lebih dikenali sebagai Mompha Senior turut berkongsi gambar anak lelakinya di Instagram. Muhammad Awal dilihat memakai tali kasut berwarna kuning untuk dipadankan dengan warna kereta tersebut.

“Memiliki anak lelaki seperti kamu menjadi penyebab untuk saya terus hidup. Senyuman kamu juga pembawa kebahagiaan. Kami sayang kamu. Selamat hari lahir. Muhammad Awal sudah 10 tahun,’’ demikian menurut kapsyen pada gambar yang dimuat naik.

Ismailia menjadi jutawan selepas menjadi Ketua Eksekutif syarikat Mompha Bureau De Change di Lagos.

Jutawan itu mendapat jumlah pengikut yang ramai di akaun media sosialnya sejak berkongsi gambar sebuah kereta Rolls Royce pada Februari 2018. –KOSMO!

Google ads
Back to top button