JENTERA JORDAN F1 MICHAEL SCHUMACHER DIJUAL PADA HARGA RM7.2 JUTA
Jentera Jordan 191 dipandu Michael Schumacher ketika debut perlumbaan Formula Satu (F1) boleh dimiliki pada harga 1.25 juta pound (RM7.26 juta).
Pelumba kelahiran Jerman itu pernah meninggalkan rakan sepasukan lebih berpengalaman, Andrea de Cesaris pada jarak yang jauh menggunakan jentera casis no 6 tersebut ketika sesi latihan di Spa-Francorchamps pada tahun 1991.
Bahkan, jentera ikonik itu pernah dinobatkan sebagai kereta F1 paling menarik kini dibuka untuk jualan oleh pengedar kereta bersejarah, Speedmaster Cars.
Schumacher berusia 21 tahun pada tahun 1991 menyertai progam pemandu muda Mercedes ketika dia mendapat panggilan untuk menggantikan Bertrand Gachot.
Pemandu Perancis itu terlepas Grand Prix Belgium kerana terbabit kes mahkamah berkaitan dakwaan menyerang pemandu teksi di kota London.
Mercedes membenarkan Schumacher berlumba untuk pasukan berkenaan dan dia tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan mempamerkan pemanduan jitu sehingga menggegar dunia F1.
Biarpun tiada sejarah kemenangan besar jentera 191 itu, penampilan pertama Schumacher dalam kancah F1 sehingga dijulang juara dunia tujuh kali memberi nilai tambah kepada jentera livery hijau tersebut.
Pembeli bertuah akan diberikan stereng asli F1 dalam bingkai khas, model khas ditandatangani Schumacher serta sijil keaslian – motorsport/speedmastercars
- BACA: LEWIS HAMILTON-KEJANG OTOT,CATAT KEMENANGAN KE-92, PECAH REKOD SCHUMACHER!!!
- BACA: MICK SCHUMACHER BAKAL PANDU JENTERA LEGENDA FERRARI 2004 DI GP MUGELLO
- BACA: DOKUMENTARI TENTANG MICHEAL SCHUMACHER BAKAL DITAYANGKAN PADA DISEMBER 2019
- BACA: RODA STERING F1 MEMANG SANGAT KOMPLEKS. BUTANG PUN BANYAK