
YOUTUBER BIKIN BUGATTI CHIRON GUNA TANAH LIAT
YouTuber berasal dari Vietnam membikin model jentera Bugatti Chiron dengan hanya menggunakan tanah liat.
Melalui channel NHET TV di YouTube, mereka memerlukan masa selama dua minggu untuk menyiapkan model berkenaan.
Bahkan. memperuntukkan masa selama 19 jam sehari untuk mereaslisasikan pembinaan model tanah liat itu.

Dalam membangunkan Chiron itu, bingkai besi digunakan sebagai asas model sebelum meliputi tanah liat sehinga menjadi sebuah jentera Bugatti Chiron.
Apa yang lebih menakjubkan, model Bugatti Chiron kecil yang boleh digenggam dengan tapak tangan digunakan sebagai rujukan membangunkan model tanah liat tersebut.
Replika berkenaan turut dipasang lampu utama, tayar dan saluran pengambilan udara.
Biarpun, ia tidak boleh berfungsi seperti kenderaan normal di jalan raya tetapi hasil karya kedua anak muda itu sangat mengagumkan.
Mereka tidak memerlukan jutaan ringgit untuk memiliki jentera idaman, hanya menggunakan kreativiti, kemahiran dan imaginasi. –carscoops/autoevolution
- BACA: SIAPALAH PEMILIK NAMA ALICE. SUAMI HADIAHKAN BUGATTI CHIRON SPORT KUSTOM
- BACA: EDISI KHAS BUGATTI CHIRON LES LEGENDES DU CIEL.20 UNIT SAHAJA, HARGA RM14 JUTA!!!
- BACA: CIZETA V16T AKAN MEMBUATKAN BUGATTI CHIRON NAMPAK BIASA
- BACA: BUGATTI CHIRON, PORSCHE 911 CABRIOLET, MERCEDES BENZ C-CLASS ‘BERLAGA’ DI SWITZERLAND. KERUGIAN CECAH AS$4 JUTA