
BUGATTI DAN RIMAC GABUNG TENAGA. BAKAL BIKIN JENTERA MASA HADAPAN
Porsche secara rasmi mengumumkan Bugatti dan Rimac bergabung tenaga dengan mewujudkan syarikat baharu dikenali sebagai Bugatti-Rimac.
Syarikat berkenaan akan berpangkalan di Zagreb, Croatia dan dijangka akan ditubuhkan pada suku keempat tahun ini.
Melalui perjanjian itu, Rimac akan memegang 55 peratus saham syarikat manakala selebihnya dimiliki Porsche yang merupakan pemilik saham Rimac sebanyak 24 peratus.

Bugatti akan terus menghasilkan Chiron di fasiliti Bugatti di Molsheim, Perancis manakala Rimac akan melancarkan jentera baharu Nevera.
Bagaimanapun, kerjasama terbabit akan menyaksikan lebih banyak jentera hybrid dan elektrik dibangunkan melalui kolaborasi dua syarikat berkenaan.

Mate Rimac akan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bugatti-Rimac.
Porsche turut memainkan peranan penting dalam usahama tersebut dengan Ketua Pegawai Eksekutif Porsche, Oliver Blume dan Timbalan Pengerusi, Lutz Meschke akan menjadi ahli Lembaga Penyeliaan syarikat baharu tersebut. –carscoops/motor1
- BACA: BUGATTI CHIRON SUPER SPORT. ULTIMATE GRAND TOURISME, BERMULA RM16 JUTA SEUNIT
- BACA: MAMPUKAH BUGATTI CHIRON SPORT TAPAU JET PEJUANG DASSAULT RAFALE?
- BACA: BAGAIMANA SUPERCAR RIMAC DIUJI? SATU UNIT UJIAN BERHARGA RM 8.3 JUTA
- BACA: KASTAM FILIPINA LUPUS KERETA SELUDUP BERNILAI RM5 JUTA. ADA MCLAREN 620R, PORSCHE 911, LOTUS ELISE DAN BENTLEY