Motosikal

YAMAHA PERKENAL MT-10 TOURER EDITION KE PASARAN EROPAH

Dengan gaya tunggangan yang ergonomik, Yamaha MT-10 sememangnya sebuah roadster lincah dan sangat berkuasa.

Bagi tahun 2017, Yamaha tampil dengan varian baharu yang dikenali sebagai MT-10 Tourer Edition Ia sememangnya sebuah jentera yang boleh memenuhi apa jua keperluan anda, terima kasih kepada pakej aksesori khasnya.

Dilengkapi cermin penghadang angin dan pelindung tangan, MT-10 Tourer Edition membolehkan anda pergi lebih jauh. Sementara rekaan tempat duduknya menambah keselesaan kepada penunggang.

Kotak penyimpanan barang ada bahagian sisi menawarkan ruang lebih banyak. Sementara sokongan GPS pada meter boleh disesuaikan dengan pelbagai peranti seperti satnav TomTom yang ditawarkan sebagai aksesori ekstra.

Semua aksesori dan alat ganti khas ini sudahpun ada pada MT-10. Tetapi, varian Tourer Edition yang lengkap itu lebih menjimatkan berbanding jika ia dibeli secara berasingan.

Sebagai contoh, Yamaha dan TomTom telah bekerjasama untuk menawarkan TomTom Rider 410 pada harga cuma €199. Jimat €200 berbanding harga standard.

Peralatan yang berorientasikan touring itu menukar hyper naked tersebut menjadi lebih versatil.

BACA: JENTERA STREET YAMAHA MT-10

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button