Artikel PilihanBuletin

BENTLEY MULSANNE GRAND LIMOSIN

Bentley menampilkan Mulsanne Grand Limousine by Mulliner di Geneva Motor Show 2016.

Bentley-Mulsanne- Grand-Limousine-by Mulliner-mekanika (5)

Mulsanne Grand Limousine merupakan model saloon mewah terpanjang di dunia. Ia memiliki tambahan satu meter panjang berbanding Mulsanne standard dan 79mm tinggi.

Ruang tambahan itu membolehkan Mulliner menerapkan empat kerusi dengan gaya penerbangan. Kerusi belakang itu saling berhadapan bagi memudahkan penumpang untuk berbincang.

Bentley-Mulsanne- Grand-Limousine-by Mulliner-mekanika (6)

Kaca elektrochromatic pintar membolehkan penumpang menukar skrin kaca pembahagi dari jernih kepada gelap dengan hanya menekan butang.

Bahagian kerusi diperbuat daripada bahan mewah seperti kayu asli dan kemasan kulit.

Bentley-Mulsanne- Grand-Limousine-by Mulliner-mekanika (2)

Sistem  HVAC telah dikembangkan secara khusus oleh Mulliner.  Turut tersedia pengecas  iPad dan stesen docking untuk meletakkan telefon pintar.

Selain itu, saloon berkenaan juga mempunyai sistem pengudaraan baru dan meja belakang boleh lipat. Tersedia kabinet yang boleh menyimpan minuman untuk lebih sejuk.

Bentley-Mulsanne- Grand-Limousine-by Mulliner-mekanika (4)

Bagi memudahkan komunikasi dengan pemandu, Bentley menyediakan sistem interkom.

Luaran masih tampil mewah sepertimana dalamnya. Bentley Mulsanne Grand Limousine didatangkan dengan dua tona warna iaitu biru dan perak. Melengkapkan imej itu, rim 21 inci ditawarkan.

Bentley-Mulsanne- Grand-Limousine-by Mulliner-mekanika (1)

Janakuasa, transmisi dan suspensi telah disesuaikan mengikut keselesaan penumpang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button