Buletin

FERRARI SP38 – UNIT TEMPAHAN KHAS DAN 1 SAHAJA DI DUNIA!

Kira-kira setahun yang lalu kami ada paparkan tentang Rolls-Royce Sweptail yang merupakan kereta paling mahal atas muka bumi pada harga RM 54.6 juta. Selain harga yang tinggi, artikel tersebut juga mendapat bacaan yang tinggi. Kami pun tidak tahu kenapa tapi boleh jadi sebab ia dibina khas dan ada satu sahaja di dunia.

Secara kebetulan, hampir setahun selepas kereta ‘re’ itu disiapkan, sebuah kereta yang turut dibina khas dan seunit sahaja di atas muka bumi turut disiarkan kepada umum.

Kereta yang dimaksudkan ialah Ferrari SP38 yang dihasilkan dari program Ferrari One-Off untuk pelanggan yang kaya raya dan tidak mahu berkongsi model dengan pelanggan lain.

Majlis penyerahan model ini diadakan di Fiorano dan lebih menarik terus diuji bagi mempamerkan prestasinya.

Model ini direka oleh Pusat Reka Bentuk Ferrari dan ia dibina berasaskan model 488 GTB. Model ini dibina mengikut citarasa pemiliknya yang begitu meminati perlumbaan.

Hasilnya ialah sebuah model yang sesuai untuk digunakan di atas jalan raya biasa dan juga litar lumba dan pada masa yang masa mengekalkan identiti dan inovasi sebuah Ferrari jalanan.

Berikut ialah ciri-ciri model istimewa Ferrari SP38:

  • Reka bentuk badan yang baharu
  • Menggunakan tiga lapis warna merah metalik
  • Mempunyai pengaruh F40 sebagai panduan umum
  • Berbanding chasis 488, model ini ‘gemuk’ pada bahagian arka roda belakang dan condong terus ke hadapan
  • Satu ciri yang jelas unik ialah reka bentuk lampu yang halus dan berbeza daripada Ferrari lain malah ia direka senipis mungkin
  • Lampu DRL pula diletakkan pada bahagian lips depan yang slim
  • Pada bahagian tepi, corong udara 488 GTB pula ditutup terus
  • Bahagian belakang pula jauh berbeza dengan reka bentuk bertingkat dan lebih komplikated
  • Identiti F40 dapat dilihat pada spoiler belakang yang walaupun kecil tapi dengan pengaruh model ikonik tersebut
  • Tentang harga pula? Tiada maklumat setakat ini dan apa yang pasti ia mestilah sangat mahal!

BACA:FERRARI 328 GTS CONCISO CONCEPT – PERCAYALAH INI MEMANG FERRARI WALAUPUN RUPANYA KURANG HENSEM

BACA:ROLLS-ROYCE SWEPTAIL – KERETA BARU PALING MAHAL DI MUKA BUMI, RM54.6 JUTA!

Google ads
Back to top button