Buletin

FORD ECOBOOST 1.0 LITER ENJIN KECIL TERBAIK  

Enjin Ford 1.0 liter EcoBoost telah dipilih sebagai enjin terbaik dalam kelasnya pada acara Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa (International Engine of the Year Awards) untuk lima tahun berturut-turut.

Ford-10L-EcoBoost-Engine-mekanika (1)

Enjin itu dinamakan sebagai “Enjin Terbaik di Bawah 1.0 liter” oleh panel 65 orang wartawan pemotoran dari 31 buah negara. Ini bermakna ia telah memenangi kategori tersebut setiap tahun sejak dilancarkan.

Tahun ini, ia mengalahkan 32 buah enjin lain, 19 lebih banyak berbanding tahun 2012. Lebih signifikan lagi, tahun 2015 menyaksikan peningkatan saingan daripada pengeluar automotif global untuk enjin sub 1.0 liter, dengan sistem turbo dan pancitan terus bahan api.

Pada tahun 2014, 1.0-liter EcoBoost menjadi enjin pertama yang dipilih sebagai enjin terbaik antarabangsa (International Engine of the Year) secara keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut. Ia juga dinamakan Enjin Baharu Terbaik pada tahun 2012.

Ford-10L-EcoBoost-Engine-mekanika (3)

Ditawarkan di 72 buah negara di seluruh dunia, enjin 1.0 liter EcoBoost yang padat dengan kuasa ini telah mencabar persepsi pemandu tentang keupayaan enjin bersaiz kecil.

Di Asia Pasifik, enjin yang telah memenangi banyak anugerah ini boleh di beberapa pasaran menerusi model Fiesta, EcoSport dan Focus.

Di peringkat global, rangkaian enjin EcoBoost Ford yang berkuasa tetapi menjimatkan bahan api merangkumi 1.5 liter, 1.6 liter, 2.0 liter, 2.3 liter empat silinder, 2.7 liter dan 3.5 liter V6. Enjin 3.5-liter V6 digunakan pada supercar Ford GT serba baharu yang akan kembali bersaing dalam perlumbaan Le Mans hujung bulan ini.

Ford-10L-EcoBoost-Engine-mekanika (4)

Ini merupakan kemenangan kelima berturut-turut untuk kategori enjin bawah 1.0 liter dalam acara 2016 International Engine of the Year.

 Sebagai maklum balas kepada permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan cekap tenaga di pasaran Asia Pasifik, enjin EcoBoost kini boleh didapati pada lebih 20 buah kenderaan, peningkatan lima kali ganda dari tahun 2012.

Tahun lalu, satu daripada empat kenderaan Ford yang dibeli di Asia Pasifik dilengkapi enjin EcoBoost.

Google ads
Back to top button