Buletin

PERODUA DAN PETRONAS LUBRICANTS METERAI KONTRAK RM355 JUTA

Perodua Sales Sdn. Bhd. (Perodua Sales) dan Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (PLMM) semalam menandatangani kontrak bernilai RM355 juta.

Perodua-Petronas-engine-oils-contract-mekanika (2)

Menerusi perjanjian tersebut, PLMM akan membekalkan 17 juta liter minyak enjin kepada Perodua untuk tempoh lima tahun. Ia merupakan peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding kontrak sebelumnya.

Kontrak itu adalah sambungan kepada kerjasama pembekalan minyak enjin tulen di antara kedua-dua buah syarikat sejak tahun 2003. Kerjasama ini bukan sekadar satu transaksi perniagaan, tetapi bukti jelas keyakinan Perodua terhadap keupayaan Petronas membekalkan produk dan servis yang berkualiti.

Perodua-Petronas-engine-oils-contract-mekanika (4)

Pembaharuan kontrak itu turut menyaksikan pelancaran minyak enjin gred lebih tinggi yang memenuhi piawaian API SM. Ia ditawarkan untuk pelanggan Perodua yang menyelenggara kenderaan mereka sendiri di bengkel-bengkel bebas.

Produk baharu ini menawarkan perlindungan penuh kepada enjin. Ia boleh didapati di pasaran mulai September 2016 dan harganya akan diumumkan nanti.

Perodua-Petronas-engine-oils-contract-mekanika (5)

“Kami sedar bahawa pelanggan yang sudah tamat empoh jaminan akan menghantar kereta mereka ke bengkel bebas atau menyelenggaranya sendiri.

“Namun begitu, Perodua telah melabur banyak sumber untuk menambah baik operasi kami. Jadi, kami harap pelanggan akan memberi peluang sekali lagi kepada Perodua,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales, Dr. Zahari Husin.

Menurut Zahari, Perodua mensasarkan pengambilan sebanyak dua juta unit kenderaan di 189 buah pusat servisnya pada tahun ini. Ini merupakan peningkatan 40,000 pengambilan yang direkodkan tahun lalu.

Google ads
Back to top button