Artikel PilihanBuletin

INOVASI MINI HYPERCAR DOOR

MINI menghadirkan sesuatu yang baharu dan pastinya menggoda. MINI Paceman kini lebih trendy dengan rekaan pintu ala hypercar.

MINI-Scissor-Doors-004

Rekaan pintu scissor itu hanya ditawarkan pada Paceman tiga pintu. Ciri itu kemudian akan diperkenalkan pada Countryman dan Clubman mulai tahun hadapan. Penggunaan pintu itu dikatakan untuk membantu pemandu ketika berada di parkir yang sempit.

MINI akan mengembangkan teknologi pintu tersebut. Misalnya, menggunakan alat kawalan jauh untuk membuka pintu. Malah, MINI merancang untuk menggunakan telefon pintar dalam urusan membuka dan menutup pintu.

Ciri keselamatan tidak diabaikan. Sekiranya berlaku kecelakaan dan kereta bergolek, pintu itu bukan sahaja  memiliki elemen perlindungan tegar. Tetapi turut dilengkapi sistem bukaan kecemasan pyrotechnical atau ‘Pyrotechnic Emergency Exit’.

Teknologi pintu kecemasan ini mampu mengeluarkan penumpang ketika pintu tidak dapat terbuka.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button