Buletin

PASANG MOTOR ELEKTRIK TESLA PADA HONDA ACCORD – INI MACAM DIA PUNYA PERGI!

Apabila bercakap tentang modifikasi kereta, memang tiada had atau macam mat saleh cakap “sky is the limit”.

Untuk tampil berbeza, seorang lelaki bernama Jimmy Bullet mula melakukan satu projek khas ke atas sebuah Honda Accord generasi pertama.

Modifikasi ekstrem itu menyaksikan Bullet memasukkan motor elektrik Tesla ke dalam kereta lama, bersama pek bateri daripada Chevrolet Volt.

Hasilnya, kereta yang sudah berusia puluhan tahun itu mampu memecut dari 0 hingga ke 100km/j dalam masa cuma 2.7 saat. Catatan yang biasa dibuat oleh kebanyakan hypercar moden pada hari ini. 

Seperti yang boleh anda lihat, Bullet turut memasang suspensi lebih tinggi. Alasan kenapa dia berbuat demikian bagaimanapun tidak jelas. 

Ini mungkin permulaan kepada lebih banyak kereta lama dipasang dengan rangkaian kuasa Tesla yang sememangnya diakui cukup berkuasa dan canggih.

Google ads
Back to top button