Buletin

HONDAJET ATASI JUALAN CESSNA PADA TAHUN 2017

Honda Aircraft Company mengumumkan bahawa HondaJet menjadi jet yang paling banyak diserahkan dalam kategorinya pada tahun 2017.

Berdasarkan kepada angka yang disediakan oleh Persatuan Pengeluar Penerbangan Awam, Honda Aircraft telah menyerahkan 43 buah HondaJet kepada para pelanggan di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia.

Angka tersebut membolehkan HondaJet mengalahkan pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS), Cessna Aircraft buat pertama kali. 

Memandangkan permintaan yang kian bertambah, Honda Aircraft Company dilapor meningkatkan produksi. Hondajet kini dihasilkan sebanyak empat unit sebulan di ibu pejabantnya di Greensboro, Carolina Utara, AS.

Sejak mendapat persijilan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada tahun 2015, Hondajet terus membuktikan ia merupakan jet paling maju dalam kategorinya.

Pesawat itu telah mencatat beberapa kejayaan. Antaranya, pelbagai pengiktirafan dari seluruh dunia, memecahkan 13 rekod kelajuan, membuka pusat pengedaran baharu di  Guangzhou, China dan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan 16 unit HondaJet kepada syarikat penerbangan Perancis, Wijet.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana memilih HondaJet kerana nilai, ciri dan prestasinya. Sekali gus menjadi jet paling banyak diserahkan dalam kategorinya.

“Kami tidak sabar untuk terus mencipta nilai yang baru dalam perniagaan penerbangan di seluruh dunia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Aircraft Company, Michimasa Fujino.

Google ads
Back to top button