BuletinMotosikal

SEMAKIN JELAS: SPYSHOT MODENAS MR2, AKAN DILANCARKAN TAK LAMA LAGI

Beberapa hari lepas, kami menerima foto tunggang uji Modenas yang ditemui di kawasan Utara semenanjung. Hari ini, kami menerima lagi maklumat bahawa memang ia adalah Modenas MR2, yang dijadual akan dilancarkan pada minggu hadapan.

Kali, ini kelihatan motosikal dengan penutup samaran ini diparkir di kawasan kompaun tertutup. Dari foto ini juga jelas motosikal yang akan dikenali dengan nama KRISS MR2 ini hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

Walaupun merupakan motosikal “asas” ia dilengkapi dengan rekabentuk yang sporty, peredam ekzos rekabentuk baru, rim aloi berjejari berkembar dan juga brek cakera hadapan. MR2 juga direka dengan sepasang lampu “dada” di hadapan.

Dari belakang, ia juga menepati piawaian Euro terkini dengan lampu isyarat membelok terletak diluar kelompok lampu brek. Mengikut spesifikasi, semua motosikal dengan piawai Euro terkini perlu dipasangkan dengan lampu isyarat yang terletak sekurang-kurangnya 240mm antara kiri dan kanan.

Kalau anda perasan, kami banyak membuat liputan tentang Modenas sejak tahun lepas dan nampaknya mereka sudah mula agresif semula. Apapun, sama-sama kita nantikan kehadiran keluarga baru Modenas tak lama lagi.

Harap-harap tak tidur balik lah. Strategi dah betul sangat ni keluarkan underbone “basic” kerana MR2 dijangka akan berada dalam lingkungan jualan MR1 – sekitar RM3,500 seunit.

BACA: SPYSHOT MODENAS MR2 SEDANG DIUJI DI UTARA

BACA: KERJASAMA MODENAS-KYMCO HASILKAN SKUTER MAMPUMILIK

Google ads
Back to top button