Motosikal

YAMAHA BAKAL LANCAR R15 LEBIH BERKUASA, RM11,500 – DI INDONESIA

Yamaha Motor Co., Ltd. hari ini mengumumkan bahawa model sports YZF-R15 baharu akan dilancarkan pada April  di pasaran Indonesia, sebelum diperkenalkan ke pasaran ASEAN yang lain.

R15 yang mewarisi DNA model supersports YZF-R1 itu dikatakan dibina dengan peningkatan dari segi prestasinya. Jentera tersebut juga popular kerana penampilannya yang garang dan sporty.

Kapasiti enjin dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 150cc itu dinaikkan sebanyak tiga peratus yang menjana kuasa tambahan 18.3 peratus. Selain 4.7 peratus lebih jimat berbanding enjin sebelumnya.

Dari segi penampilan pula, R15 baharu hadir dengan rekaan lampu utama berkembar yang nipis. Penggunaan fork terbalik pada roda hadapan pula menawarkan prestasi redaman yang terbaik dan rasa lebih jitu.

Untuk makluman, pasaran motosikal di Indonesia ialah sekitar 5.6 juta setahun. Walaupun skuter dan kapcai masih menjadi pilihan utama, model sports seperti R25 dan R15 dilihat semakin popular. Di republik itu, R15 akan ditawarkan pada harga 34.5 juta rupiah (RM11,500) seunit.

Jentera sebegini menjadi pilihan untuk penunggang muda yang ingin menaik taraf motosikal sedia ada mereka.

R15 dikilang dan dipasarkan oleh Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM). YIMM mensasarkan untuk menjual 50,000 unit R15 dalam tempoh setahun.

BACA: SUZUKI GSX-150R – MOTOSIKAL YANG MUNGKIN TIDAK AKAN SAMPAI KE MALAYSIA

BACA: SPYSHOT YAMAHA R15 – DINAIK TARAF DENGAN FORK USD, BAGAIMANA DENGAN R25?

Google ads
Back to top button