BuletinModifikasi

SETELAH DIPANDU 370,000 KM, NSX “SUPERCHARGER” INI AKAN DILELONG UNTUK KEBAJIKAN

Tiada siapa yang sanggup berpisah dengan kereta kesayangan biarpun apa harga yang anda tawarkan. Ada orangmasing simpan badan-badan kereta yang tahap klasik tinggi, rare dan lebih rela mereput tak siap dalam garaj dari bertukar hakmilik. Ini adalah normal.

Tapi bagaimana pula kalau ianya sebuah NSX? bagaimana pula kalau ia sebuah NSX yang direstorasi penuh dan dengan sistem supercharger dan dengan rim 18 – 19 dan dengan status kereta itu sendiri yang digilai di seluruh dunia?

BACA: ASAL USUL NAMA HONDA NSX

Kerana itu, hati dan naluri kemanusiaan mat salleh kadang-kala jauh lebih mulia dari kita. Ini adalah kereta Acura NSX yang dibina oleh Clarion Builds di Amerika yang akan di lelong pada bulan Oktober nanti. Apa yang mereka laksanakan ialah satu projek amal kerana 100 peratus hasil jualan nanti akan didermakan kepada Pertubuhan Palang Merah Amerika Syarikat.

Bagus kah kereta ni? Ia sebuah kereta yang dibeli di pasaran terpakai. Dengan perbatuan 230 batu (370,000km) ia bukanlah sebuah kereta yang disimpan dalam garaj oleh pengumpul. Sebaliknya, ia kereta terpakai yang benar-benar dipakai. Sama seperti proses penilaian dan jualbeli negara-negara maju, nilai kereta dibuat berdasarkan batuan dan kereta ini dibeli dengan harga yang munasabah.

Ia dibawa pulang dan direstorasi sepenuhnya. Enjin asal telah digantikan dengan model facelift terakhir 3.2 liter V6 fan dipasangkan dengan sistem pendesak supercharger. Ia menghasilkan 406 kuasa kuda.

Keseluruhan kerangka diperkuatkan untuk mendapatkan kekukuhan merentasi abad baru. Ia juga dilengkapkan dengan ekzos buatan custom, rim 19 inci (belakang) dan 18 inci (hadapan) Work Emotion XR11 bersama tayar Michelin Pilot Sport.

Bahagian dalaman dibina semula dengan balutan kulit pada panel pintu, kesemua bahagian kerusi dan vinyl. Sistem audio kereta ini telah direkabentuk semula sepenuhnya.

Kereta ini akan dilelong oleh firma lelongan kereta terkenal di Amerika Barrett-Jackson pada 19 hingga 21 Oktober nanti. Di Jangkakan ia bakal mencatat harga tertinggi dalam pasaran NSX di Amerika.

GALERI

VIDEO 

Google ads
Back to top button