Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA “THUNDERBOLT” PERNAH DIFILEMKAN DI LITAR BATU TIGA SHAH ALAM?

Ramai yang berpendapat,  The Fast and the Furious (F&F) adalah interpretasi sebenar tentang senario modifikasi kereta-kereta Jepun di Amerika. Ianya tidak begitu popular di Amerika sehinggalah F&F muncul seterusnya menaikkan nama kereta-kereta berprestasi tinggi Jepun ke layar perak.

BACA – FILEM AKSI KERETA PILIHAN KAMI

BACA – FILEM HOT WHEELS DIARAHKAN JUSTIN LIN

Seluruh pelosok dunia mula kagum dengan senario dunia modifikasi yang melanda dunia seawal tahun 2000. Namun lain pula halnya di Asia, masa tu Paul Walker pun masih bersekolah di sekolah menengah rasanya,  Jackie Chan sudah pun menghasilkan filem dengan tema yang sama bertajuk Thunderbolt.

thunderbolt-mitsubishi-lancer-evolution-iii-640x481

Sebagai filem yang dihasilkan oleh Jackie Chan yang sudah cukup terkenal dengan filem-filem kung fu, skrip filem ini pun ada ala-ala kung fu sikit. Jackie Chan membawakan peranan sebagai bekas pemandu penguji Mitsubishi Motor yang sudah bersara dan menjadi mekanik di bengkel kepunyaan keluarga beliau di Hong Kong.

Beliau juga membantu pihak polis membanteras lumba haram dengan menyediakan trak tunda sewaktu operasi pihak polis bagi menunda kenderaan yang disita.

Sedikit pun beliau tidak menyangka yang beliau akan terlibat dengan seorang penjenayah antarabangsa yang datang ke Hong Kong untuk berlumba dan melakukan urusan jenayah di sana.

Sewaktu menyertai operasi membanteras lumba haram di sekitar Hong Kong, Jackie telah terserempak dengan penjenayah tersebut dan telah membantu polis menahan beliau. Menariknya penjenayah tersebut tertarik dengan skil perlumbaan Jackie dan meminta untuk berlumba dengannya sekali lagi.

Permintaan beliau telah ditolak oleh Jackie. Untuk memaksa Jackie berlumba, penjenayah tersebut telah menculik adik perempuan Jackie dan memaksa supaya Jackie berlumba bersamanya.

Filem ini memang salah satu filem paling menarik Jackie Chan sepertimana plotnya. Proses rakaman filem ini telah dilakukan di beberapa lokasi di sekitar Asia antaranya ialah Litar Batu Tiga di Shah Alam dan Litar Sendai di Jepun.

Secara jujurnya kami rasa filem ini tak kurang hebatnya berbanding dengan F&F dan aksi di Litar Batu Tiga Shah Alam menggamit memori lama bagi kami warga emas. Ye lah, masa tu paling laju Civic 2nd Gen Halim. Kau sekarang sembang pasal GT-R, mana sama.

Ramuan paling penting yang menjadikan filem ini cukup menarik tidak lain adalah ratusan kereta berprestasi tinggi Jepun yang menjadi props utama filem.

Sebagai watak utama dalam filem ini, Jackie Chan menggunakan hampir kesemua model hebat Mitsubishi yang ada pada ketika itu seperti Mitsubishi GT3000, Lancer Evolution III dan FTO.

Watak-watak pembantu juga tidak ketinggalan menggunakan model-model seperti Toyota MR2 SW20, RX7 FD3S dan paling cikai pun Honda Civic EG. Satu lagi watak utama iaitu pencabar Jackie yang juga seorang penjenayah antarabangsa menggunakan Nissan GT-R R32 sepanjang masa. Baik ketika berlumba di atas jalan mahupun ketika di litar.

BACA – RX7 EFINI, SI RAJA ROTARY

BACA – SUPRA F&F DILELONG

Antara adegan paling menarik di dalam filem ini ialah sewaktu Jackie membantu pihak polis Hong Kong menahan pelumba-pelumba haram dalam operasi. Di sinilah beliau bertemu dengan penjenayah tersebut pertama kali dan terpaksa berlumba sebelum berjaya menahannya.

Perlumbaan yang memakan masa hampir lima minit filem menyaksikan aksi Jackie yang memandu Mitsubishi FTO dan si penjenayah yang memandu Nissan Skyline GT-R (macam tak lojik kan?).

Bermacam-macam lagak ngeri berjaya dilakukan dalam masa lima minit perlumbaan sebelum penjenayah berjaya ditahan.

Selepas pelbagai aksi pergaduhan, kung fu dan pukul memukul akhirnya filem ini sampai ke perlumbaan sebenar yang cukup mendebarkan. Sebut sahaja apa aksi yang anda mahu tengok semua ada. Kereta berlanggar, kereta terbakar, kereta terbang semua cukup lengkap.

Patutlah ratusan buah kereta digunakan sepanjang rakaman. Malah Jackie sendiri berjaya menerbangkan GT3000 yang digunakan dalam perlumbaan akhir untuk mengatasi R32 lawan beliau.

Jadi jika anda rasa F&F asal tidak mempunyai cukup aksi pergaduhan ataupun kung fu, atau anda tidak puas hati dengan heronya yang terlalu cute dan tidak pandai bertumbuk? Tak payah cari jauh-jauh kerana anda boleh menonton filem buatan Asia sendiri iaitu Thunderbolt.

Malah kalau anda peminat Mitsubishi sejati, inilah filem yang paling sesuai buat anda. Seawal permulaan cerita anda sudah didedahkan dengan fasiliti pembuatan Mitsubishi di Jepun. Sangat-sangat cool weh.

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button