Buletin

BMW M1 RARE PAUL WALKER DIJUAL PADA HARGA RM2 JUTA

BMW M1 merupakan jentera rare dan unik malah salah satu daripada kereta tersebut dimiliki pelakon, Paul Walker yang menempa nama dalam filem Fast and Furious.

Pada bulan lalu, jentera M1 tahun 1980 milik pelakon tersebut dilelong pada Bring A Trailer.

Kalau masih ada yang tidak mengetahui, Walker meninggal dunia pada November 2013 apabila terlibat dalam kemalangan bersama rakan perniagaanya, Roger Rodas.

Menariknya tentang kereta berkenan, ia bukan sahaja milik Walker tetapi merupakan salah satu daripada 10 buah BMW M1 keluaran 1980 yang diubah suai oleh pengedar BMW Jerman, AHG.

Justeru, tidak hairanlah ia dibida sehingga mencecah AS$500,000 (RM2 juta).

BMW M1 dilengkapi body kit rekaan Procar, livery kustom BMW Motorsport, roda BBS three-piece dan rekaan dalaman diperbuat daripada kulit.

Supercar berenjin tengah ini mendapat khidmat enjin 3.5 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 350 hp dipadankan transmisi manual lima kelajuan.

Bagaimanapun, senarai tersebut menyatakan kereta itu tidak menepati piawaian pelepasan Clifornia yang ketat sekali gus tidak sah memandu jentera di negeri itu.

Walker memperoleh supercar rare berkenaan pada tahun 2011 yang merupakan sebahagian daripada koleksi AE Performance.

Pemilik baharu yang menggunakan nama cmack10 dalam laman lelongan tersebut masih menjadi misteri. – carbuzz

Google ads
Back to top button