Motosikal

KTM PERBAHARUI MODEL DUKE 250 UNTUK TAHUN 2017

Pada pameran EICMA 2016 yang lepas, KTM adalah antara pengeluar yang agresif mempamerkan rangkaian produk baru mereka. Dari model prototaip, model 2017, model tingkat taraf dan juga Movistar. OK yang Movistar tu kami tipu.

EICMA 2016 – PROTOTAIP KTM DUKE 790

EICMA 2016 – KTM DUKE 125

Sewaktu pameran motor berprestij di Milan, Itali itu juga, tiada pembaharuan untuk model 200 dan 250 Duke mereka dan membuatkan industri 2 roda serta media tertanya-tanya. Kali terakhir model ini diperbaharui adalah pada tahun 2015. Sela 3 tahun tanpa sebarang penambah-baikan sudah tentu dianggap lama bagi industri motosikal.

2017-ktm-duke-250-vs-old-version

Akhirnya KTM mengumumkan versi 2017 dalam satu acara soft launch (pelancaran lembut?) baru-baru ini. Seperti yang dapat anda lihat pada foto ini, ia membawa kebanyakan DNA Duke 390 2017 dengan rupa lampu hadapan yang telah dipindahkan sepenuhnya.

Dari bahagian sisi, KTM Duke 250 2017 mendapat pembaharuan mirip kepada model 390. Garisan badan, lengkokan tangki, sisi dan ekor yang semakin tajam. Peredam ekzos kini lebih sporty dan mengikut piawai Euro terbaru.

Sub-kerangka KTM Duke 250 2017 kini boleh dibuka-pasang (model lama tetap-mati). Kosmetiknya juga melibatkan pemadanan bentuk lampu baru dengan lampu utama LED dan lampu DRL (bukan LED). Roda jejari Y nampaknya mengikut skema baru, tiada lagi warna oren, ia dilayangkan dengan warna hitam dan sedikit garisan oren.

Elektronik? Maaf. KTM Duke 250 2017 tidak dapat apa-apa penambahbaikan pun. Tak macam Duke 390 yang didatangkan dengan pendikit Ride-by-Wire (RBW), Mode Pemanduan, Speedometer TFT berwarna penuh yang disambungkan dengan Bluetooth, cakera brek lebih lebar dan ABS lebih baik.

KTM Duke 250 2017 ? TIADA tingkat taraf langsung. Kecewa jugalah walaupun kami bukanlah peminat motor yang diperbuat dari pembaris ni.

 

 

 

Google ads
Back to top button