" "
Buletin

BYD DEDAH SUV EV BAHARU, BYD SEA LION 07 – GUNA E-PLATFORM 3.0 BYD, HARGA BERMULA RM121K

Pembuat EV terkemuka asal China, BYD, baru-baru ini memperkenalkan SUV elektrik baharu, BYD Sea Lion 07, sebagai sebahagian daripada siri Oceannya.

Menurut laporan, reka bentuk BYD Sea Lion 07 adalah hasil ‘air tangan’ bekas ketua pereka Audi dan Lamborghini, Wolfgang Egger.

Kehadiran model baharu itu dijangka meneruskan persaingan sengit dengan pengeluar EV dari A.S., Tesla.

Bermula sebagai pembuat bateri, BYD mempunyai kelebihan berbanding kebanyakan persaingan. Dengan kebanyakan komponen yang dibuat secara dalaman, BYD boleh mereka bentuk, memasang serta mengeluarkan kenderaan secara besar-besaran dengan lebih pantas pada kos lebih murah.

Sebagai contoh, dodel elektrik BYD, seperti Dolphin hatchback serta Atto 3, berharga antara AS$17,000 (RM79,432) dan AS$30,000 (RM140,175), menjadikannya salah satu pilihan paling berpatutan.

Harga yang menarik telah menyebabkan pertumbuhan pesat dalam pasaran luar negara, termasuk Thailand, Brazil dan Columbia.

Bukan itu sahaja, BYD juga berkembang dalam pasaran utama, termasuk Jepun, Mexico, Australia, Hungary dan banyak lagi.

Bercakap tentang BYD Sea Lion 07, ia hadir dengan rekaan yang anggun, direka kecekapan maksimum dan hampir mengingatkan kita pada EV pertama Lamborghini, Lanzador.

Walaupun tiada maklumat lain didedahkan, model baharu itu dibina dengan menggunakan e-platform 3.0 BYD.

Harga masih belum didedahkan, tetapi EV baharu BYD dijangka bermula pada sekitar AS$26,000 (RM121,485).

Google ads
Back to top button