Buletin

SIME DARBY MOTORS, BYD TERUS BUKA LANGKAH – REKRUT PENGEDAR BYD BAHARU DI TUJUH LOKASI

Penerimaan kenderaan elektrik di Malaysia berada di landasan terbaik sekali gus berupaya merealisasikan neutraliti karbon, di samping terus tumbuh di persekitaran terbaik.

Bagi meneruskan momentum itu, ekosistem serta konsistensi menjadi kunci utama untuk memastikan orang ramai lebih terbuka, memahami dan menerima peralihan kepada kenderaan elektrik.

Sehubungan itu, Sime Darby Motors dan BYD terus bergerak pantas membuka peluang kepada anda yang ingin turut terlibat dalam ekosistem kenderaan elektrik.

Gergasi EV berkenaan kini dalam fasa merekrut pengedar BYD baharu di tujuh lokasi iaitu di utara Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Terengganu, Klang (Selangor), Skudai (Johor) serta di pusat beli belah.

Menerusi rakan kongsi perniagaan baharu dan berpengalaman, ia bukan sahaja mengukuhkan lagi rangkaian pengedar, tetapi juga berupaya menambahkan pengalaman pemilikan BYD melalui pusat selepas jualan yang lebih baik.

Ruang serta peluang ini membuktikan komitmen BYD dan Sime Darby Motors kepada pasaran Malaysia, bermakna BYD hanya memilih pengedar yang berkualiti termasuk berpengalaman untuk memastikan BYD memberikan kualiti serta pengalaman terbaik kepada semua pemilik BYD di Malaysia.

Untuk rekod, BYD kini menawarkan ATTO 3 dan BYD DOLPHIN untuk pasaran tempatan, di mana model berkenaan menampilkan Blade Battery.

Untuk harga, anda boleh memiliki BYD ATTO 3 pada harga bermula RM 149,800 dan RM 99,900 untuk BYD Dolphin.

BYD ATTO 3 dan yang terbaru, kenderaan elektrik penuh BYD DOLPHIN juga telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang oleh Euro NCAP.

Sekiranya anda berminat menjadi sebahagian daripada perjalanan BYD di Malaysia, anda boleh mengimbas kod QR di atas atau https://form.jotform.com/232918285844467

Untuk pertanyaan lanjut, sila e-mel [email protected]

Permohonan dibuka dari sekarang hingga 31 Disember 2023.

Google ads
Back to top button