Buletin

MG4 EV DAN ZS EV DILANCARKAN DI INDONESIA, JARAK GERAK 425KM, HARGA BERMULA RM129K

MG Motor Indonesia secara rasmi mengumumkan harga dua model kereta elektriknya yang baru saja dilancarkan iaitu MG4 EV dan ZS EV.

Kedua-dua kereta elektrik ini dipasang di kilang MG, terletak di Cikarang, Jawa Barat dan kemudahan ini merupakan aset milik Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC), yang turut mengeluarkan Wuling.

Dari segi penampilan, MG4 EV mempunyai reka bentuk U-Shape dengan lampu hadapan LED tirus, isyarat belok hadapan menegak dan lampu brek yang menonjol sedikit.

Bahagian dalamannya, menampilkan warna burgundy yang menekankan penampilan sporty, dengan bahan premium, dan sistem penyambungan pintar bagi memastikan keselesaan memandu.

Sistem infotainmen juga dilengkapi dengan kamera 360 dan teknologi Intelligent Car Connectivity seperti peta, kawalan suara, aplikasi kawalan jauh serta muzik dalam talian.

MG4 EV dilengkapi dengan motor elektrik permanent magnet synchronous, mampu menghasilkan kuasa maksimum 170hp dan tork puncak 250Nm.

Selain itu, MG4 EV dilengkapi bateri Fero Phosphate berkapasiti 51 kWj. Berdasarkan ujian NEDC, bateri tersebut mampu menawarkan jarak gerak sejauh 425km.

Dari segi ciri keselamatan, kereta elektrik ini dilengkapi dengan Adaptive Cruise Control, Traffic Jam Assist, dan Intelligent Speed ​​​​Limit Assist dengan Traffic Sign Recognition.

Sementara itu, MG ZS EV menggunakan bateri PM Synchronous Motor, disokong oleh Bateri Lithium Ternary CATL, berkapasiti 50.3 kWj dan apabila dicas penuh, anda boleh memandu sejauh 403km

Apabila mengecas dalam mod pengecasan pantas, kereta elektrik ini hanya mengambil masa 30 minit untuk mencapai 80 peratus.

Dari segi kuasa, ia berupaya menghamburkan kuasa 174hp dan tork 280Nm.

Bagi ciri keselamatan, MG ZS EV dilengkapi ADAS, merangkumi;

  • Lane Assist System (LAS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Front Drive Assist (FDA)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Intelligent High – Beam Control (IHC)
  • Rear Drive Assist (RDA)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Door Open Warning (DOW)

Seperti dinyatakan di atas, perincian harga adalah seperti berikut:

  • MG4 EV: IDR 433 juta (RM129,193)
  • MG ZS EV: IDR 453 juta (RM135,160)
Google ads
Back to top button