
GWM MALAYSIA TAWAR PROMOSI UNTUK PEMBELI BAHARU ORA GOOD CAT; PENGECAS DINDING PERCUMA DAN BANYAK LAGI!
Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini mengumumkan kempen promosi terkini untuk pembeli baharu model GWM ORA GOOD CAT, dengan tawaran masa terhad sepanjang Oktober 2024.
Para pembeli yang mendapatkan GWM ORA GOOD CAT sepanjang tempoh kempen ini dapat menikmati pakej promosi, sekaligus meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV).
Pakej promosi ini termasuk:
- Pengecas dinding percuma untuk pengecasan mudah di rumah.
- Servis pemasangan percuma untuk pengecas dinding bagi memastikan kemudahan dan keselesaan.
- Servis percuma selama lima tahun termasuk alat ganti dan kos buruh, untuk kepuasan dan ketenangan minda.
- Insurans kenderaan percuma untuk tahun pertama bagi melindungi pelaburan anda.

GWM ORA GOOD CAT hadir dalam dua varian di Malaysia: 400 Pro dengan harga RM 113,800 dan 500 Ultra dengan RM 143,800.
Dengan kapasiti bateri 47.788kWh, 400 Pro menawarkan jarak gerak sehingga 400km mengikut kitaran NEDC, manakala 500 Ultra dilengkapi dengan kapasiti bateri 63.139kWh, membolehkan jarak capaian sehingga 500km dengan satu cas penuh.
Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor segerak magnet kekal dan menghasilkan 143hp dan 210Nm tork.
Jika anda berminat untuk memiliki GWM ORA GOOD CAT, sila layari https://www.gwm.com.my/ testDrive.html untuk menempah sesi pandu uji.
- BACA: GEELY ICON DENGAN TRIM OFF-ROAD MUNCUL DI CHINA – FWD, JANA 178HP
- BACA: FERRARI CURI DISELAMATKAN OLEH AIRPOD BERNILAI USD129 – BANGGA LA PEMILIK PRODUK APPLE
- BACA: PENCURI REMBAT HURACAN, R8, CAYMAN DAN AMG-GT SEBELUM TRACK DAY – BERANI BETUL
- BACA: APRILIA RS457 LANCAR DI MALAYSIA 11 OKTOBER INI – RM29,XXX?