C8 CORVETTE CUBA ATASI KEHEBATAN MYVI – SIAPA MAMPU MENYELAM LEBIH JAUH?
Chevrolet Corvette terbaru nampaknya bukan hanya bersaing dengan supercar keluaran Eropah tapi kini ia juga cuba mengatasi kehebatan Myvi dalam mengharungi air banjir. Korang yang pakai model lain tu jangan nak cuba aksi macam ni la. Sekali rosak mau berdarah poket nak repair balik.
Beberapa video yang kini beredar di media sosial menunjukkan sebuah Corvette C8 berwarna hitam dipandu mengharungi air banjir di Miami dan keluar kembali tanpa sebarang masalah. Masa keluar tu nampak okey tapi tak tahu la kot-kot selepas tu timbul isu lain.
Kebanyakkan video berkenaan dikongsi di Instagram dan Reddit menunjukkan sebuah Corvette secara perlahan dipandu mengharung air banjir. Tengok pada video tu boleh tahan jugak dalamnya sehingga melepasi paras penutup hud dan terpercik ke cermin hadapan.
Nampak menarik kan tapi takkan la tak ada setitis pun air masuk ke dalam kabin. Kalau air dah masuk walaupun sedikit faham-faham la. Bukannya senang nak keringkan balik dan kalau dah kering pun baunya mesti hapak tahap dewa punyalah. Jadi fikir dulu dalam-dalam kalau nak buat aksi macam ni.
Tapi pemandunya memang cukup cool dan tidak teragak-agak. Malah kelajuannya juga cukup untuk menghasilkan gelombang kecil bagi memastikan ruang kemasukan udara sisi tidak dimasuki air yang sekaligus mampu merosakkan enjin 6.2L V8 Corvette ni. Nasib pun mungkin memainkan peranan.
Macam mana geng, boleh ke nak lawan rekod Myvi ni?